2024-11-20 HaiPress
Timbalan Menteri Perpaduan Negara,Saraswathy Kandasami
KUALA LUMPUR,20 November- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa terbuka mengukuhkan kerjasama strategik bersama badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta yang tidak membawa agenda politik menerusi inisiatif “Friends of Unity” (FOU) .
Jelas Timbalan Menterinya Saraswathy Kandasami,penyertaan FOU adalah bertaraf tempatan dan berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) serta terbukti aktif melaksanakan program-program perpaduan.
"NGO itu tidak dipilih sama NGO pembangkang atau pun pihak kerajaan,jawapan saya adalah jelas semua ataupun mana-mana NGO yang giat dalam mempromosikan perpaduan boleh mengambil bahagian dalam semua aktiviti Kementerian Perpaduan dan kementerian anggap NGO adalah platform neutral yang bebas daripada agenda politik," katanya.
Tambah beliau,sehingga kini pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan lebih 250 NGO bagi pelaksanaan program-program perpaduan di peringkat komuniti,daerah dan negeri serta program-program utama kementerian.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar,mengenai kriteria untuk menyertai inisiatif "Friends of Unity" serta penglibatan pihak pembangkang dalam perancangan dan aktiviti atas dasar keterangkuman di Parlimen.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20