2024-11-13 HaiPress
Allahyarham Tun Daim Zainuddin
KOTA BHARU,13 November- Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berharap agar keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan tersebut.
"Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Daim yang meninggal dunia pagi tadi. Kita merasa kehilangan seorang negarawan yang banyak jasanya kepada Malaysia," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Allahyarham Tun Daim,86,meninggal dunia di Hospital Assunta dekat Petaling Jaya,Selangor pada pukul 8.21 pagi. Allahyarham memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991,dan sekali lagi dari 1999 hingga 2001.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20