Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Peniaga sorok, jual barang kawalan lebihi harga diambil tindakan

2024-09-07 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto: KPDN Perak

TAIPING,7 September- Seorang pemilik premis menjual barang runcit di Taman Kota Jaya,Simpang di sini bakal dikenakan tindakan kerana menyorok dan menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak,Datuk Kamalludin Ismail berkatai ia menerusi serbuan sepasukan anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan kira-kira 11.15 pagi semalam.

"Ketika uji beli dilakukan,jurujual memaklumkan minyak masak peket satu kilogram (kg) telah habis dijual dan tiada stok lagi.

"Curiga dengan dakwaan itu,anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan dan mendapati 220 kg minyak masak paket satu kg bersubsidi disimpan di stor premis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata pemeriksaan lanjut mendapati gula pasir putih bertapis kasar satu kg telah dijual dengan harga RM2.90 iaitu melebihi harga kawalan yang ditetapkan iaitu RM2.85.

Kesemua 220 kg minyak masak peket dan 337 kg gula pasir putih kasar berserta beberapa dokumen berkaitan dirampas dan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,510.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap