2024-07-31 berita.rtm.gov.myHaiPress
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
PUTRAJAYA,30 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan MAPO Integrated Data System (MIDS),sebagai langkah membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata MIDS ialah sistem pengurusan data yang berupaya menyelaras,mengumpul dan memusatkan data berkaitan jenayah terbabit serta berupaya mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber.
"Dengan data itu nanti,kita berpeluang untuk menganalisisnya dan kita akan rumuskan dalam bentuk polisi. Kita akan gunakan data yang dianalisis itu untuk membuat unjuran untuk mengatur lagi langkah mitigasi.
"Jadi bila kita analisis data ini kita boleh plotkan graf dan kita boleh 'predict' ke depan nanti tentang tajuk jenayah pemerdagangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia ( WDAT) dan Majlis Apresiasi MAPO 2024,di sini.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20